Thursday, 4 April 2013

Penggunaan Penebuk Lubang Dalam Menghasilkan Sulaman Riben

Sulaman riben walaupun sebenarnya mudah tetapi kadang kala ia memerlukan sedikit perhatian kepada penyulam.



Penggunaan Penebuk Lubang Dalam Setiap Jahitan Sulaman Riben


Di sinlah anda dapat mengetahui bahawa penggunaan penebuk fabrik amat perlu untuk menebuk lubang beranding jika anda menggunakan hujung mata gunting. Ini kerana, sulaman riben yang menggunakan hujung mata gunting akan merosakkan fabrik. Di mana, fabrik akan terkoyak. Tetapi penebuk lubang fabrik hanya meregangkan sahaja urat fabrik agar satu ruang kelihatan bagi memudahkan jarum dan reben dikeluarkan dari bawahnya. Sebab itulah ia tidak merosakkan fabrik semasa anda menghasilkan sulaman riben.


Memperbaiki Hasil Sulaman Riben


Sekiranya anda ingin memperbaiki hasil sulaman riben ini, riben yang tidak diperlukan haruslah ditetas jahitan mati terlebih dahulu, sebelum anda membuang riben yang tidak diinginkan itu. Sekiranya ia meninggalkan lubang pada fabrik, anda boleh memperkemaskannya semula dengan menggunakan penebuk lubang dengan cara pergerakan 4 segi. Dengan ini, lubang yang besar tadi akan mengecil secara perlahan-lahan dan akan mengembalikan fabrik asal sebagai mana sebelum hasil sulaman riben dilakukan.


Bagaimana Jika Fabrik Sulaman Riben Lembik dan Berbulu


Jika fabrik nampak lembik dan berbulu, anda boleh menggunakan wap atau seterika wap untuk anda mengembalikan tekstur pada fabrik tersebut. Dengan ini, fabrik tersebut akan kelihatan seperti asal dan anda boleh memperbaiki serta melakukan sulaman riben di tempat yang anda ingini.


Kesimpulannya, anda perlu pastikan fabrik kem,bali dalam keadaan asal sebelum anda memulakan menjahit sulaman riben di tempat yang baru mengikut cita rasa anda.


Selamat Mencuba!


Ikhlas,


Syahida Ramli,


Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection


Moderator Online Courses Sulaman Riben


Ingin Hasilkan Sulaman Riben


sulaman,sulaman reben,sulaman riben,sulam riben,sulam reben,koleksi sulaman riben,koleksi sulaman reben



Penggunaan Penebuk Lubang Dalam Menghasilkan Sulaman Riben

No comments:

Post a Comment